Wednesday, January 6, 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Alhamdulillah… bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T., kerana dengan limpah kurnia Nya kita masih lagi dapat mengecapi segala nikmat yang diberikan sehingga ke hari ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat, para ambia', suhada' dan para du'at awwalin.

Alhamdulillah… Fasa Pertama yang telah dilancarkan pada 1hb. Julai, 2005 iaitu "Beli Tanah Untuk Wakaf" telah berjaya dan pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang dan dermawan yang budiman dan kini Maahad kami telah memiliki tanah sendiri iaitu seluas 1.5 ekar.

Fasa Ke-Dua pula adalah berbentuk pembangunan. Pembangunan yang telah dilaksanakan adalah satu blok asrama lelaki satu tingkat, dua blok dewan terbuka (salah satunya dijadikan dewan makan pelajar lelaki). Kos yang telah dikeluarkan untuk projek tersebut adalah sebanyak RM 200,000.00.

Fasa Ke-Tiga iaitu membina dan melengkapkan buku-buku dan peralatan bagi menjadikan sebuah bilik yang telah siap dibina sebagai sebuah Mini Perpustakaan. Projek tersebut telah dilaksanakan dengan kos sebanyak RM 25,000.00

Bagi Fasa Ke-Empat pula, kami berhasrat untuk menambah bangunan bagi memenuhi keperluan pelajar dan masyarakat kampung serta penduduk setempat amnya seluruh Malaysia untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran dalam suasana yang lebih baik, selesa dan bersistem.

Antara pembangunan yang perlu ditambah pada masa sekarang ini adalah Sebuah Bangunan Asrama Lelaki Tiga Tingkat, Sebuah Dewan Serbaguna dan Sebuah Masjid baru dengan anggaran kos yang diperlukan adalah lebih kurang RM 4,000,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Juta Ringgit )

Akhir kata, kami memohon restu kehadrat Allah agar perancangan yang kami lancarkan ini akan membuka minda penyumbang- penyumbang yang terdiri daripada ahli-ahli dermawan yang dikurniakan Allah limpahan rezeki agar dapat kiranya menghulurkan sumbangan bagi menjayakan projek yang murni ini.

Diatas keperihatinan Dato' Seri/Datin Seri/Dato'/Datin/Tuan/Puan bagi menjayakan projek ini, amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah akan melimpahkan nikmat dan rahmat Nya yang berkekalan dan mendapat ganjaran sebaik-baik ganjaran disisi Allah.



Sekian, terima kasih. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH…



" KEPADA ALLAH KAMI POHONKAN TAUFIQ "